Isnin, 16 November 2009

Kursus Budaya Koporat Hospital Kuala Nerang Kedah di Bkt Hijau



Kursus ini di jalankan selama 4 hari bermula 9/11 - 12/11 di Bukit Hijau

Objektif kursus :
1. Meningkatkan tahap pemahaman anggotakerja kepada budaya korporat.
2. Dapat dilaksanakan semasa memberi perkhidmatan kepada pelanggan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

Aktiviti yang telah di jalankan seperti :

Aktiviti kerja kumpulan
Explore Race
Hiking

Pada dasarnya peserta yang telah hadir diberi penerangan mengenai budaya korporat yang melibatkan "Penyayang, Kerja Berpasukan, Professionalisme, dan Komunikasi Berkesan". Kursus ini juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang perubahan mengikut atucara yang telah ditetapkan pihak pengurusan. Diakhir kursus ini perserta telah diberi penilaian dan kerja berpasukan. Perserta telah berjaya memahami budaya korporat dengan jayanya.

Penatian The Red Warrior 40 tahun belum berakhir...


Sekalung ucapan tahniah kepada skuad The Red Warrior kerana telah melangkahkan kaki ke Final Piala Malaysia edisi 2009. Perlawanan berakhir dengan penuh kontroversi, sang kijang tewas 3-1 di Bukit Jalil walaupun kehadiran penyokong dengan selogan "gomo kelate gomo" mencecah 100,000 orang. Lautan merah di Bukit Jalil jelas membuktikan bahawa penyokong The Red Warrior masih lagi cekal dan terlalu fanatik untuk menyaksikan perlawanan yang paling berprestij ini. Namun terdapat segelintir penyokong The Red Warrior yang tidak dapat Justify Fullmengawal emosi sebelum, semasa dan selepas perlawanan berlangsung telah menjejaskan keberlangsungan perlawanan . Sikap ini amat jelas menunjukkan bahawa attitude penyokong ini masih berada di dunia ke-3. Hal ini amat memalukan apabila ianya di siarkan secara ekslusif di TV1 yang mana seluruh dunia telah menyaksikannya. Apa pandangan masyarakat terhadap budaya penyokong Kelantan? Walaupun ianya dilakukan oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional. "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" amatlah sesuai digunakan kerana disebabkan segelintir penyokong kelantan yang mindanya di kelas ke 3 telah memberikan gambaran kepada masyarakat bahawa penyokong kelantan adalah biadap, kurang ajar dan sebagainya. Aku sebagai anak jati kelantan amat malu dengan insiden yang telah berlaku di mana letupan bunga api, mercun yang tidak sepatutnya berlaku telah mencemarkan perlawanan kerana aku merupakan salah seorang daripada 80,000 penyokong yang berada dalam stadium waktu itu. Apa yang menyedihkan lagi, tidak cukup dengan membakar mercun, ada juga segelintir penyokong yang membakar kerusi dan kain rentang. Apakah tujuan mereka sebaliknya? Ingin menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap mutu pengadilan?? Ingin menggambarkan kehebatan?? Bukan itu caranya... dan bukan di situ tempatnya.. Fikirkanlah, Allah memberikan kekuatan kepada manusia lebih baik daripada haiwan melalui akalnya. Tidak salah kiranya mereka yang tidak menggunakan akal yang dikurniakan sebaiknya boleh disamakan seperti haiwan yang hanya dianugerahkan fizikal dan roh sahaja . Renungkanlah.. Bawakannya sebagai iktibar.. Allahuakbar..

Rabu, 4 November 2009

"Gomo Kelate Gomo" ke Bukit Jalil


“Kelantan memang layak ke final.” Itulah perkataan pertama diungkapkan ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim ketika ditemui selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri di sini, malam kelmarin.

Ungkapan pendek itu sebagai menghargai kehebatan skuad pelawat yang layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-1 untuk bertemu Negeri Sembilan merebut Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 7 November ini.

Ditanya maksud ungkapan tersebut pula, Irfan Bakti menyatakan, skuad Pantai Timur itu patut layak kerana memiliki beberapa kelebihan, terutama berkunjung ke Perlis berbekal dua gol.

“Mereka datang dengan kelebihan 2-0. Ia memaksa kami mencari tiga gol. Saya tidak nampak kesukaran buat Perlis mendapat tiga gol, tetapi kami mesti mencari gol awal. Namun begitu, kesilapan pertahanan membuatkan mereka mencipta jaringan minit ke-26 menerusi Mohd. Nor Farhan Muhammad.

“Itu gol mudah. Apabila Kelantan dapat satu, ia terus menekan mental pemain Perlis kerana mereka perlu mencipta empat gol. Bermula dari situlah permainan mereka nampak semakin longgar,” ujarnya.

Irfan Bakti turut mengakui aksi skuadnya di gelanggang sendiri malam kelmarin tidak menyamai kehebatan seperti yang dipamerkan sewaktu beraksi di tempat lawan, Selasa lepas.

“Perlawanan di sini jadi terbalik. Di Kota Bharu kami beraksi cemerlang walaupun kalah, manakala Kelantan sebaliknya. Di sini pula Kelantan yang cemerlang walaupun kami memaksa mereka berkubu,” ujarnya sambil mengucapkan tahniah buat skuad lawannya itu.

Jurulatih Kelantan, B. Satianathan pula percaya kejayaan menumpaskan Perlis adalah hasil kesungguhan pemain dan pengurusan skuad itu sendiri.

“Walaupun sudah menang 2-0 di Kota Bharu, tetapi saya mengarahkan semua pemain mengawal minda masing-masing. Ini kerana, mereka pasti berdepan dengan asakan bertubi-tubi skuad Singa Utara.

“Jangkaan saya ternyata benar. Kami dipaksa bertahan sepanjang 90 minit. Ketiga-tiga gol yang diperolehi itu pula adalah hasil serangan balas sahaja,” ujarnya sambil mengakui pintu gol Kelantan sepatutnya dibolosi oleh lima lagi jaringan skuad tuan rumah.

Lima gol yang terlepas buat Perlis itu ialah pada minit ke-22 menerusi Mohd. Badrul Azam Zamri, minit ke-40 dan 52 oleh Mohd. Firdaus Faudzi, dan minit ke-43 dan 78 melalui Amar Rohidan.

Kelima-lima peluang keemasan itu tidak menyebelahi tuan rumah kerana pemain gagal melepaskan rembatan ke sasaran walaupun pintu gol sudah terbuka ketika dalam kotak penalti dan cuma berdepan dengan penjaga gol lawan, Mohd. Halim Napi.

Dalam perlawanan itu, penyerang utama Kelantan, Indra Putra Muhyidin tidak diturunkan kerana digantung satu perlawanan ekoran menerima dua kad kuning.

Satianathan juga mengakui salah satu daripada percaturan taktikalnya ialah tidak meletakkan pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus dalam kesebelasan utama.

Katanya, apabila Khalid menggantikan Zul Yusri Che Harun minit ke-62, pemain lawan mula mengepung pemain itu kemudian seperti mengabaikan jentera lain, sehingga ia membuka jalan kepada pemain Kelantan mengatur gerak dan mengumpan bola kepada Mohd. Nor Farhan mencipta hatrik.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua itu, Kelantan menang 3-1 menerusi jaringan hatrik Mohd. Nor Farhan minit ke-26, 53 dan 87, sementara gol tunggal Perlis melalui, Mohd. Firdaus minit ke-70.

Dengan keputusan tersebut, Kelantan layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-1, selepas menang 2-0 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu, Selasa lepas.

Sabtu ini, Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan bagi merebut Piala Malaysia selepas lawannya itu menundukkan Terengganu 3-1, di separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, juga malam kelmarin.