Perbincangan n mesyuarat diadakan d cafe harapan dengan semua ahli2 GG untuk mengadakan aktiviti camping, keputusannya sebulat suara telah bersetuju untuk adakan camping di Bt Feringgi
Sabtu, 25 April 2009
Camping @ Batu Feringgi
Perbincangan n mesyuarat diadakan d cafe harapan dengan semua ahli2 GG untuk mengadakan aktiviti camping, keputusannya sebulat suara telah bersetuju untuk adakan camping di Bt Feringgi
Selasa, 21 April 2009
Grapok Grachey AMF ke-3
Selangor Dan Kelantan Bertembung Dalam Perlawanan Akhir Piala FA
Ahad, 19 April 2009
Tips Mengurangkan Stress
Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
Biasakan diri berada dalam keadaan berwudukJiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya. Insya'allah...
Jangan tua baru terngadah
Taubat sebenar ialah menyedari kesalahan atau dosa diikuti penyesalan dan memohon keampunan Allah. Seterusnya, menanam sifat benci kepada perbuatan itu dan terus meninggalkannya. Hasil taubat membawa diri melakukan perbuatan baik. Taubat dipertahankan dengan sentiasa sedar dan waspada menjauhkan diri daripada kejahatan. Biarpun pintu taubat sentiasa terbuka, ia tertutup apabila ajal tiba. Jangan berlengah untuk bertaubat dan ia perlu dilakukan sepanjang masa, bukan hanya apabila usia lanjut. Syaitan sentiasa membisikkan supaya melakukan dosa, menangguhkan taubat sehingga sampai ke akhir hayat. Syaitan sedar, sebesar mana dosa dilakukan anak Adam dan kemudian bertaubat, Allah tetap menerima taubat itu. Bagi memastikan misi syaitan meletakkan manusia dalam neraka ialah dengan cara mengelak daripada bertaubat. Kerja jahat syaitan untuk menempatkan manusia bersamanya di neraka menjadi sia-sia jika manusia bertaubat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir sangat dengan ajal)." (Hadis riwayat Tirmizi) Sebagai Muslim yang yakin bertemu Allah di akhirat kelak, berusahalah meningkatkan takwa dan menghindarkan dosa supaya dihimpunkan bersama orang beriman di akhirat. Sesungguhnya hidup ini tidak hanya berakhir di dunia kerana akhirat kehidupan abadi.
Sabtu, 18 April 2009
Genting oh genting... kota keriangan
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, aktiviti grapok grachey ke genting telah berjalan lancar dan terima ksh x terhingga kepada sapoter n fan2 grapok grache krn telah memberikan kerjasama yang cemerlang. Sebenarnya aktiviti ini tidak di rancang dengan dengan kertas kerja yg boombastik, tetapi kemeriahan ttp dirasai sehingga kini, setiap mlm tidur asyik mimpi benting je.. hehehehee.. Oklah sebelum itu, eloklah kita imbas kembali kronologi.. Jeng...jeng..jeng...
- 20.7.08
Abg Mi, Aku n Bro dan jugak 2,3 org lagi geng2 GG berbincang ttg aktiviti sem ni, so aku cadangkan p genting memandangkan ramai fan GG yg blum sampai ke sana. So YDP a.k.a Abg Mi bersetuju diadakan aktiviti ke genting pada 2. Aku n Bro bersemangat sgt2 nk p enjoy ngan kawan2 kat genting, peluang ini tidak mungking akan datang lagi selepas ini. So aku n bro mulalah menjalankan hebahan dan promosi kepada GG, dalam perbincangan dengan YDP, sebulat suara setuju untuk bawa sume GG ke genting memandangkan fan GG seramai +-23 orang, so kami mencadangkan untuk catar bas 1 biji untuk 32 org (sepatutnya aku kena bincang dalam meeting n paggil sume geng2 GG bru leh ckp sebulat suara)
- 21.7.08
Hebahan dan promosi kepada geng2 GG n mendapat maklumbalas yg positif drp sume ahli, so ape lg??... p Booking bus jelah n kena bayar deposit rm2000, so bro terpaksa guna duit PTPTN (sggp bkorban demi kelab tercinta)
- 24.7.08
Hanya 7 org ahli sahaja yg membayar untuk pergi ke genting, padahal sebelum ni semua setuju utk pg, so aku n bro sudah sakit otak sbb kalo x jd, duit deposit akan burn. Sape yg teruk? Bro jelah yg teruk sbb duit dia... so aku bfikir panjang, dah 3 malam x tdo n buat kptsn mlm nnt nk panggil sume geng2 GG n nk bgtau maslah yg sedang berlaku, Mlm 2 lah mlm yg paling bersejarah may b buat Bro kerana terlalu sebak (bergenaaaaaaannng, air mata ini, sebak, sudah... lirik lgu Ukays) mau x sebak, deposit 2000 banyak tooo... dengan kerjasama YDP yg kami sanjungi, masalah ni dapat d satel, so kesemua ahli bersetuju untuk pergi yg pada awalnya ckp msg2 ada hal, sepatutnya kalo ada hal, bgtau awl2 so lbh senang kita xyah wat aktiviti ni!! hehehehe (emosional skit) So seramai 19 org yg join dgn bayaran 100 selepas terpaksa bg diskaun 10%. Mana nk dpt hari minggu pg genting dengan hotel, tiket pergi balik, mkn sendiri = 100? Mmg xdapat punye..
- 25/7/08
Jam 11 mlm bertolak ke genting dr padang palapes n pkul 6.00 pg smpai sna.. fuh.. trun je dr bus, rasa mcm msk peti ais, sume menggigil.. aku pun mggil jugak.. hehehehee.. maklumla, org x pnh kena sejuk... asyik suam2 je.. hehehehee.. Awal2 pg solah subuh berjemaah, pas 2 sarapan, n p nek awana skyway, tp bukan yg gondolar 2.. tp mcm bus yg xde kerusi.. hehehheee. Sume dah penat2 n tunggu ms utk chek in hotel first world kul 2, beli pas utk outdoor, balik tdo hotel n ptg bru trun.. sekali hujan, so xleh nk men2... Mlm lak, sume letih, aku pun tertido, tp P.Ju, Payid, Abib n Bro kuar p dangdut (uiks.. best ar awk...) aku rs2 je sbb dorg xde kt blik...
- 26.07.08
Pg chek out kul 11.00, n sume p santai2, Payid, Bro n Abib masuk snow world, aku x masuk tp beli sehelai bju buat kenangan.. Pkul 3.30 ptg naik bas n btolak blik ke USM (sampai kul 11 lebh)
Akhir sekali aku a.k.a Pok Su nk mngucapkan jutaan terima ksh kpd sume kwn2 yg join, lan,yo,ja,abib,payid,p.ju,bro,rizal,epu kemehe, mie spek, elly n da geng, dira, awek rizal, n tihah.. yg sudi menjayakan aktiviti ini secara sengaja @ x sgaja.. mmg inilah kenangan yg mungkin kt xkan lupakan buat selamanya
Wassalam..
Siapa Ibu dan Ayah??
Sikap mengabaikan kebajikan dan tidak prihatin pada nasib ibu bapa umpama satu penyakit yang semakin menular menjadi satu wabak dewasa ini. Seperti cuti sekolah baru-baru ini, datuk dan nenek menunggu kehadiran anak, menantu dan cucu-cicit untuk pulang ke kampung. Malangnya kelibat mereka tiada langsung.
Saya ingin memberi pandangan agar situasi ini tidak lagi berlaku pada hari-hari yang mendatang. Setiap kali cuti sekolah bermula, sebelum melancong ke tempat lain, ambil cuti satu hari, bawa anak-anak dan isteri ziarah datuk dan nenek di kampung terlebih dahulu.
Hiburkanlah hati dan perasaan ibu bapa yang sepi sambil menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia ini. Mereka telah menjaga kita seperti kita menjaga anak-anak kita sekarang ini. Tahukah kita sebagai anak-anak, ibu bapa kita menangis dalam hati mengenangkan sikap kita terhadap mereka?
Seperkara lagi, anak-anak yang berduit, mewah berbanding adik-beradik yang lain, wang adalah segala-galanya bagi mereka. Tak perlu ziarah ibu bapa di kampung. Bagi mereka, kerja lebih penting . Terfikir saya seketika, di kedudukan nombor berapakah ibu bapa mereka diletakkan? Sedangkan Nabi Muhammad SAW meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi berbanding yang lainnya.
Semoga dengan nukilan dan pendapat ini akan memberikan input yang berguna sebelum menunggu badan terbuju kaku...
Rabu, 15 April 2009
Kenaleng
Abe2.. adik kakok.. kak we, kak cik, ayoh ngoh. mok long... arak2 sihak blako la..
Tekok braso lecah jah, beraso lamo doh tok g basoh tekok, kalu dop nak2 hari, nok wak guano kemarau doh kito nih (xdop pitis..). Kebetule pulok lonih dok exam, lepah doh so paper 13hb ari 2, sapa ko ari ni dok debar lg, buke debar gapo, debar xleh nk jawab alah mano heheheheee.. ingatnyo male ni nk keno g plepah jugok ni.. braso nk mnyentok jah.. kalu keno Sepi Seorg Perindu nyakok jugok kaluh, kito nk wak surat jempute, nk ajok sek2 aman keroh blako hok mano ado hahahahaa..
majulah seni suaro ( sungguh nih, buke blale kerek..)
wassalam
KATA-KATA ALUAN
Alhamdulillah, blog Grapok Grachey sudah siap, kepada ahli2 grapok grachey, inilah medan untuk kita terus menjalinkan persahabatan hingga akhir nanti.. maakkaasseeeyyy..!
Wassalam wbt