TELAH banyak berlaku anak-anak menolak menjaga ibu bapa mereka. Ini terjadi di kampung saya sendiri. Anak dan menantu tidak mahu menjaga bapa yang telah kematian isteri. Akhirnya si bapa meninggal dunia di rumah orang-orang tua di utara tanah air.
Sikap mengabaikan kebajikan dan tidak prihatin pada nasib ibu bapa umpama satu penyakit yang semakin menular menjadi satu wabak dewasa ini. Seperti cuti sekolah baru-baru ini, datuk dan nenek menunggu kehadiran anak, menantu dan cucu-cicit untuk pulang ke kampung. Malangnya kelibat mereka tiada langsung.
Saya ingin memberi pandangan agar situasi ini tidak lagi berlaku pada hari-hari yang mendatang. Setiap kali cuti sekolah bermula, sebelum melancong ke tempat lain, ambil cuti satu hari, bawa anak-anak dan isteri ziarah datuk dan nenek di kampung terlebih dahulu.
Hiburkanlah hati dan perasaan ibu bapa yang sepi sambil menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia ini. Mereka telah menjaga kita seperti kita menjaga anak-anak kita sekarang ini. Tahukah kita sebagai anak-anak, ibu bapa kita menangis dalam hati mengenangkan sikap kita terhadap mereka?
Seperkara lagi, anak-anak yang berduit, mewah berbanding adik-beradik yang lain, wang adalah segala-galanya bagi mereka. Tak perlu ziarah ibu bapa di kampung. Bagi mereka, kerja lebih penting . Terfikir saya seketika, di kedudukan nombor berapakah ibu bapa mereka diletakkan? Sedangkan Nabi Muhammad SAW meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi berbanding yang lainnya.
Semoga dengan nukilan dan pendapat ini akan memberikan input yang berguna sebelum menunggu badan terbuju kaku...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan