Abstrak
Dunia globalisasi hari ini menyaksikan perkembangan sistem ekonomi yang amat pesat. Hal ini kerana kecenderungan manusia ke arah kemajuan merupakan fitrah yang tidak dapat disangkal. Kemajuan sesebuah negara akan memberikan impak yang cukup besar tehadap masyarakat terutamanya dari segi ekonomi, politik dan sosial. Tujuan utama kajian ringkas ini adalah untuk mengupas salah satu isu pengurusan kesihatan yang berlaku di Malaysia iaitu program Tabung Bantuan Perubatan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia yang mempunyai matlamat untuk membantu masyarakat yang menghadapi masalah kesihatan dan masalah dalam hal-hal berkaitan pembiayaan kos rawatan khususnya bagi penyakit kronik yang sedang dihadapi oleh masyarakat. Lazimnya, kos rawatan untuk menyembuhkan penyakit kronik adalah terlalu tinggi dan mendatangkan bebanan yang terlalu besar terhadap golongan tertentu terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Kajian akan mengupas segala isu yang dihadapi oleh kerajaan dan juga masyarakat dalam perlaksanaan program Tabung Bantuan Perubatan serta menilai kelemahan dan cabaran yang dihadapi. Persoalannya, mengapa berlaku kelewatan, keciciran, dan ketidaklayakan dalam permohonan Tabung Bantuan Perubatan ini? Mengapa masih terdapat individu atau masyarakat yang masih tidak mengetahui akan kewujudan Tabung Bantuan Perubatan ini? Kupasan isu mengenai Tabung Bantuan Perubatan adalah berdasarkan kepada isu-isu yang telah dihadapi oleh mereka yang menghidapi penyakit kronik dan terlibat dalam permohonan bantuan ini. Dana bernilai jutaan ringgit yang telah diluluskan dan disalurkan dalam Tabung Bantuan Perubatan adalah untuk dimanfaatkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima dan memerlukan. Isu, cabaran dan permasalahan yang berlaku mendatangkan pelbagai implikasi serta mengganggugugat keberkesanan program yang dilihat berguna kepada masyarakat ini. Kajian ini akan dijalankan dengan memberikan penekanan kepada Tabung Bantuan Perubatan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang perlu membiayai rawatan untuk penyakit kronik yang mereka hadapi. Kajian ini juga akan memfokuskan kepada tujuan Tabung Bantuan Perubatan diwujudkan. Melalui skop ini, Tabung Bantuan Perubatan akan diterangkan dengan cara terperinci dan golongan layak untuk menerima tabung bantuan serta cara untuk mendapatkan bantuan perubatan kronik.
wah hapdet..
BalasPadambagos3..
TBP dlm paper DR zahri..
rindu nya kt usm..
anugerah tesis terbaik..
BalasPadammemang betul.. TBP ni hanyalah untuk hiasan mainan politik.. Ramai mereka yg benar2 memerlukan tp xdpt bantuan ni? ada ketirisan??
BalasPadam