Isnin, 12 April 2010
PSIKOLOGI ABNORMAL
APAKAH PERILAKU ABNORMAL ITU?
Ada beberapa kriteria yang digunakan untuk menentukan suatu perilaku abnormal, antara lain:
1. Statistical infrequency
• Perspektif ini menggunakan pengukuran statistik dimana semua variabel yang yang akan diukur dan di agihkan ke dalam suatu situasi normal atau situasi dengan bentuk lonceng. Kebanyakan orang akan berada pada bahagian tengah situasi, sebaliknya keabnormalan ditunjukkan pada agihan di kedua hujung situasi.
• Digunakan dalam bidang perubatan dan psikologi. Misalnya mengukur tekanan darah, tinggi badan, IQ, ketrampilan membaca, dsb.
• Namun, kita jarang menggunakan istilah abnormal untuk salah satu kutub (sebelah kanan). Misalnya orang yang mempunyai IQ 150, tidak disebut sebagai abnormal tapi genius.
• Tidak selamanya yang jarang berlaku adalah abnormal. Misalnya seorang atlet yang mempunyai kemampuan luar biasa tidak dikatakan abnormal. Untuk itu dimasukkan informasi lain sehingga dapat menentukan apakah perilaku itu normal atau abnormal.
2. Unexpectedness
• Biasanya perilaku abnormal merupakan suatu bentuk respon yang tidak diharapkan terjadi. Contohnya seseorang tiba-tiba menjadi cemas (misalnya ditunjukkan dengan gugup dan gemetar) ketika berada di tengah-tengah suasana keluarganya yang berbahagia. Atau seseorang mengkhuatiri kewangan keluarganya, padahal ekonomi keluarganya pada saat itu sedang meningkat. Respon yang ditunjukkan adalah tidak diharapkan terjadi.
3. Violation of norms
• Perilaku abnormal ditentukan dengan mempertimbangkan konteks sosial bagaimana dan di mana perilaku tersebut terjadi.
• Jika perilaku sesuai dengan norma masyarakat, ini adalah normal. Sebaliknya jika bertentangan dengan norma yang berlaku ini menunjukkan keabnormalan.
• Kriteria ini mengakibatkan definisi abnormal bersifat relatif tergantung pada norma masyarakat dan budaya pada ketika itu. Misalnya di Amerika pada tahun 1970-an, homoseksual merupakan perilaku abnormal, tapi sekarang homoseksual tidak lagi dianggap abnormal di Amerika.
• Walaupun kriteria ini dapat membantu untuk mengklasifikasikan relative definisi abnormal sesuai sejarah dan budaya tapi kriteria ini tidak cukup untuk mendefinisikan abnormaliti. Misalnya pelacuran dan perampokan yang jelas melanggar norma masyarakat tidak dijadikan salah satu kajian dalam psikologi abnormal.
4. Personal distress
• Perilaku dianggap abnormal jika hal itu menimbulkan penderitaan dan kesengsaraan bagi individu.
• Tidak semua gangguan (disorder) menyebabkan distress. Misalnya seseorang yang mengancam atau melukai orang lain tanpa menunjukkan suatu rasa bersalah atau kecemasan.
• Juga tidak semua penderitaan atau kesakitan merupakan abnormal. Misalnya seseorang yang sakit kerana dicucuk dengan jarum.
• Kriteria ini bersifat subjektif kerana susah untuk menentukan peringkat distress seseorang agar dapat diberlakukan secara umum.
5. Disability
• Individu mengalami ketidakmampuan (kesulitan) untuk mencapai tujuan kerana abnormalan yang dideritanya. Sebagai contoh para pemakai narkoba dianggap abnormal karena pemakaian narkoba telah mengakibatkan mereka mengalami kesulitan untuk menjalankan fungsi akademik, sosial atau pekerjaan.
• Tidak begitu jelas juga apakah seseorang yang abnormal juga mengalami disability. Misalnya seseorang yang mempunyai gangguan seksual voyeurisme (mendapatkan kepuasan seksual dengan cara mengintip orang lain telanjang atau sedang melakukan hubungan seksual), dan tidak jelas juga apakah ia mengalami disability dalam masalah seksual.
Dari semua kriteria di atas menunjukkan bahwa perilaku abnormal sukar untuk didefinisikan. Tidak ada satupun kriteria yang secara sempurna dapat membezakan abnormal dengan perilaku normal. Tapi sekurang-kurangnya kriteria tersebut berusaha menentukan definisi perilaku abnormal. Dan adanya kriteria pertimbangan sosial menjelaskan bahawa abnormaliti adalah sesuatu yang bersifat relatif dan dipengaruhi oleh budaya serta waktu.
Rabu, 7 April 2010
KONSEP ASAS PSIKOLOGI
DEFINISI PSIKOLOGI
Psikologi berasal dari perkataan tamaddun Greek purba ‘psyche’ dan ‘logos’. ‘Psyche’ bermaksud jiwa. ‘Logos’ bermaksud kajian mengenai sesuatu (kajian mengenai pemikiran yg dapat mempengaruhi sikap dan pelakuan organisme). Psikologi merupakan satu kajian mengenai sesuatu yg memberi kesan kpd jiwa seseorang. Definisi Psikologi (Kamus Dewan) “Kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusia.” Definisi Psikologi yang lain: “The scientific study of the way the human mind works and how it influences behaviour or the influence of a particular person’s character on their behaviour”. (Cambridge International Dictionary of English, p.383). “Psychology may be defined as the systematic study of behaviour and mental life”. (Henry L. Roediger dan rakan,1984). Definisi Psikologi yang lain: “Psikologi ialah kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman”. (Kalat,1999). “Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti”. (Williams, 1960). “Psikologi ialah sains tingkah laku--kajian mengenai jiwa atau aspek rohani manusia secara saintifik.(Wittaker,1970 dlm buku Introduction To Psychology). Psikologi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.
SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
(i) Aliran Interaksionisme Dimulakan oleh Rene Descartes(1595- 1650). Ahli falsafah dan pakar matematik Perancis yg memperkatakan tentang manusia terdiri drp ‘gabungan pemikiran dan badan’ atau ‘jasad dan roh’. Menentang pendapat dualisme yg menyatakan manusia terdiri drp jasad yg terpisah drp roh.
(ii) Aliran Empirisme Muncul pada abad ke 17 dan 18 di
(iii) Aliran Strukturalisme Muncul di Jerman. Menumpukan kajian kpd pengalaman sedar(apa yg boleh dinyatakan dlm pengalaman sedarnya) dan afeksi. Tokoh spt Wilhelm Wundt(1832-1920) telah mengkaji perasaan, sikap, persepsi dan tanggapan individu terhadap sesuatu keadaan. Digelar sebagai “Bapa Psikologi”.
(iv) Aliran Functionalisme Timbul di Amerika. Di asaskan oleh John Dewey(1859-1952), dan William James(1842-1910) yg dianggap sebagai ahli psikologi Amerika yg pertama. Menekankan pengalaman sedar dan tingkah laku(mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk berfikir dan menghasilkan tingkah laku). Proses mental sentiasa aktif dan berterusan. Dipengaruhi oleh teori evolusi manusia
(v) Aliran Behaviorisme Muncul di Amerika Utara. Di asaskan oleh J.B. Watson(1878-1958) yg popular dgn Teori Pelaziman Klasik. Dlm “Psychology as the Behaviorist Views It” Watson(1913) mengatakan psikologi ialah ilmu yg mengkaji tingkah laku yg nyata(overt behaviour). Tokoh lain spt Pavlov, Thorndike, Skinner,
(vi) Aliran Psikologi Gestalt Timbul di Jerman sebagai reaksi kpd pendapat ahli strukturalisme. Berpendapat manusia mempersepsi dunia dlm bentuk satu keseluruhan(unity whole), atau ‘gestalt’ dari perkataan Jerman gestalten yg bermaksud ‘keseluruhan’, ‘pola’ atau ‘terorganisasi’. Diasaskan oleh tokoh spt Max Wertheimer (1880-1943), Wolfgang Kohler(1887-1967) dan Kurt Koffka(1886-1941).
(vii) Aliran Humanistik Diasaskan oleh Abraham Maslow(1908-1970) dan Carl Rogers(1902-1987). Menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Mempercayai bahawa individu bertanggung jawab ke atas tindakannya(berusaha kearah pencapaian matlamat hidupnya). Kuasa motivasi individu ialah kecenderungannya untuk berkembang dan mencapai pemenuhan kendiri(self- actualisation). Konsep ini dipelopori oleh Maslow. Individu mempunyai keperluan untuk mengembangkan potensinya ke tahap maksima.
(viii) Aliran Kognitivisme(Cognitivism) Dipelopori oleh tokoh spt ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Berminat mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dll.
(i) Aliran Konstruktivisme (Faham Binaan) Timbul drp ahli-ahli psikologi kognitif. Diasaskan oleh tokoh spt Von Glaserfeld, Piaget, Vygotsky, Confrey dan Seymour Peppert. Mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadap bahan yg dipelajari. Menekankan peranan aktif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yg sesuai untuk mengajar Matematik dan subjek Sains(fizik, kimia, biologi).
PENDEKATAN PSIKOLOGI
Pendekatan Behaviorisme Ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kpd peristiwa yg berlaku dalam mental (sedar dan tidak sedar), sebaliknya memberi tumpuan kpd tingkah laku yg boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson mengatakan bahawa aspek yg berkaitan tingkah laku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsur-unsur dalaman. Idea Watson ialah tingkah laku dan proses mental adalah hasil drp pembelajaran (Bernstein et al.,1994). Menurut pendekatan behaviorisme tingkah laku ialah satu siri gerak balas yg berlaku dgn wujudnya ransangan. Pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi ransangan gerak balas atau R-G Ahli psikologi behaviorisme spt Watson, Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan E.L. Thorndike. Pavlov(1849-1936), dikaitkan dgn konsep pelaziman klasik. Eksperimen ke atas anjing bagi menunjukkan perkaitan antara ransangan(makanan) dgn gerak balas(air liur)
Thorndike(1874-1949) memperkenalkan Teori Pelaziman Cuba Jaya(Theory Of Trial And Error Conditioning). Prinsip asas pembelajaran ialah pengaruh ganjaran dan denda. Organisme akan membuat sesuatu yg membawa keseronokan dan mengelakkan melakukan sesuatu yg membawa kesakitan atau membahayakan diri. Menurut Thorndike, ganjaran mendorong organisme mengulangi sesuatu gerak balas. denda boleh menyekat organisme drp melakukan sesuatu gerak balas. organisme mengaitkan gerak balas tertentu dgn ransangan tertentu. jenis pembelajaran ini dilabel sebagai “pembelajaran instrumental atau operan”. Skinner(1904-1990) memperluaskan Teori Thorndike. Terkenal dgn pelaziman operan yg mengukur pengaruh ganjaran dan dendaan. Eksperimen ke atas tikus dan burung merpati. Dapat mengukur proses pembelajaran dgn cara menukar frekuensi ganjaran dan dendaan.
Pendekatan Psikoanalitik Tingkah laku manusia dipengaruhi oleh proses-proses psikologi tidak sedar spt konflik dalaman, dorongan(impulses), kemahuan dan motif-motif yg tidak disedari. Semua tingkah laku, normal dan abnormal adalah hasil drp interaksi faktur genetik dan persekitaran. Zaman awal individu penting dan memberi kesan sepanjang hayat pada keadaan psikologi individu.
Sigmund Freud(1856-1939) adalah pelopor ahli teori psikoanalitik. Teori struktur personaliti Freud membahagikan struktur psikik kpd 3 bahagian iaitu;
(i) Id - Id Sumber dorongan dan nafsu yg diwarisi, primitif, mementingkan diri sendiri dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh tamaddun). Dominan pada bulan-bulan awal kehidupan bayi(dorongan dan kemahuan kuat mempengaruhi tingkah laku). Elemen psikik yg pertama mempengaruhi tingkah laku manusia.
(iii) Superego - Merupakan sumber asal suara hati(conscience) iaitu kebolehan membezakan yg baik dgn buruk. Muncul bila kanak-kanak mula mempelajari peraturan yg digunakan ibu bapa utk menginterpretasi jangkaan masyarakat. Secara evolusi kanak-kanak akhirnya membina set piawai dalamannya sendiri. Kanak-kanak yg dibesarkan secara melampau mempunyai superego tidak fleksibel sehingga mencegah diri drp menikmati keseronokan normal yg sepatutnya. Kanak-kanak superego punitif yg meningkat remaja akan menghadapi masalah dlm memenuhi permintaan superego. Cth: Kesukaran mengawal permintaan seksual yg meningkat pada usia baligh.
Freud percaya kerisauan(anxiety) dan kemurungan datang bersama kehendak superego yg melampau. Id, ego dan superego mempunyi matlamat dan kaedah yg berbeza. Konflik dalaman wujud bila id dan superego menguasai ego. Menurut Teori Freud, konflik antara id, ego dan superego membawa kpd kecelaruan mental.
Psikoanalisis menekankan kesan peristiwa silam terhadap kanak-kanak apabila meningkat dewasa. Freud percaya kanak-kanak melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yg ditetapkan. Pada setiap peringkat ada bahagian badan yg membekalkan kepuasan dorongan seksual.
Kanak-kanak yg melalui tahap oral, anal, falik, latensi dan genital dgn memuaskan akan menjadi orang dewasa yg normal. Kekecewaan atau kelebihan pada mana-mana tahap menyebabkan fixation pada tahap tersebut dan ini akan mempengaruhi kehidupan dewasanya. Cth: Orang yg makan terlalu banyak di tahap oral mungkin mempunyai fixation di tahap ini dan menjadi gemuk atau penagih dadah bila dewasa.
Pendekatan Kognitivisme Dipelopori oleh ahli-ahli psikologi gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel. Memberi perhatian khusus kpd proses pemikiran manusia spt persepsi dan penanggapan, kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dll. Percaya bahawa peristiwa dalaman yg berlaku mesti dikaji utk memahami keseluruhan tingkah laku
Pendekatan kognitivisme sangat berbeza dgn pendekatan psikoanalisis yg memfokus kpd pemikiran tidak sedar. Pendekatan kognitivisme juga berbeza dgn pendekatan behaviorisme yg memfokus kpd faktur persekitaran dan tingkah laku.
Pendekatan Humanistik Berpandangan bahawa manusia adalah individu yg bebas dan baik, berpotensi utk berkembang dan ada sasaran utk dicapai. Menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak kerana mempunyai kemahuan atau keperluan. Berpendapat yg manusia sentiasa aktif.
Ahli psikologi pendekatan humanistik spt Abraham Maslow, Rollo May, Carl Rogers dan Gordon Allport. Abraham Maslow(1970) mengemukakan Teori Hierarki Keperluan Maslow yg mengandaikan manusia tidak pernah berasa puas dgn apa yg dicapai. Mengikut Maslow, kehendak manusia terbahagi kpd
Hierarchy of Needs Abraham Maslow 5. Self-Actualization 4. Esteem: Respect 3. Belonging: Family & Friends 2. Safety: Shelter& Security 1. Physiological: Food & Water
Pendekatan Biologi Juga dikenali sebagai pendekatan biomedik, Model Penyakit(Desease Model) atau Model Perubatan. Mengandaikan manusia sebagai sistem fizikal dan mesti difahami dari sudut fizikalnya spt keadaan fisiologi dan sifat sistem saraf . Berpendapat masalah yg kita hadapi adalah hasil kecacatan tubuh badan, kecederaan atau penyakit yg selalunya mempunyai kesan ke atas otak.
Ahli fisiologi Jerman iaitu Edward Hitzig(1893-1927) dan Gustav Fritsch(1839-1907) menjalankan eksperimen ke atas anjing. Mendapati bahawa struktur otak tempat asal usul urat saraf, berkait rapat dgn tingkah laku manusia. Otak boleh memberi tindak balas bila ransangan elektrik diberi secara langsung dan ini memberi kesan ke atas tingkah laku individu. Pendekatan Biologi memfokus kpd peranan sistem saraf pusat yg bertanggungjawab mengawal setiap pemikiran dan pergerakan manusia. Harus di ingati bahawa psikologi tidak terlepas dari kehidupan harian individu.